Sunday, February 8, 2009
The Beginning Of THE END
6 tahun yang lalu, aku mengenali seseorang di Melaka. Kemudian, keesokkan harinya aku berada di Kuantan. Dari situlah bermulanya sebuah perhubungan. Hari ni (7 feb 09), 6 tahun 1 bulan selepas itu, aku di Kuantan lagi. Bukan untuk meraikan perhubungan itu, tetapi mengenang kembali sebuah perhubungan yang telah berakhir... Walaupun cara pengakhirannya tidak seperti yang aku harapkan, namum segalanya telah berakhir.
Mungkin apa yang berlaku satu suratan. Tapi aku percaya ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Memang tidak dinafikan ia banyak mengganggu perjalanan hidup ku seharian. Tapi aku harus terus tabah, terus kuat kerana walau apa pun kehidupan tetap harus aku teruskan. Memang banyak kenangan pahit manis yang tersimpan di dalam benak fikiran aku sekarang. Di saat ini semuanya bagaikan satu ulang tayang sebuah filem. 6 tahun bukanlah satu jangka waktu yang pendek bagi sesebuah perhubungan namun, aku hanya mampu merancang. Cuma kadang-kadang aku terfikir kenapa manusia boleh berubah dalam sekelip mata?
Biarlah apa yang berlaku ini menjadi satu pengajaran dalam mematangkan aku untuk terus menghadapi hari-hari mendatang. Semoga aku terus kuat, tabah dan lebih berhati-hati dalam menjalinkan perhubungan di masa akan datang. Semoga segala kekurangan dan kelemahan diri dapat diperbaiki dan semoga diri ini lebih dihargai...
To.....,
Thanks for being part of my life for the past 6 years. I will cherish each and every moments when we was together. Wheter its a sweet or sad memories.
Thanks for being there when I need you,
Thanks for every little things you have done for me...
and Finally...
Thanks for telling me that from THE day, you dont want me to be part of your life anymore and I will remember THE day till end...
Semoga berbahagia dengan teman yang baru yang mungkin lebih memahami....
Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang manis boleh disimpan, yang pahit jadikan kekuatan diri pada hari2 mendatang. Relax ok. Suka sgt gambar2 yg di post kan blog ni. Hari tu belukar, ni pasir pantai plak. Tajuk album alam semulajadi ke? He he he....
ReplyDeleteOoooo, objektif ke Kuantan psl tu la ek....it's ok, be strong k...i hope u meet someone better (^_^)
ReplyDeleteI ade terbaca dlm satu profile dimana tuannya tulis.. Di masa kita perlukan ketabahan, semangat dan kekuatan diri, kita perlu pergi ke tempat2 seperti, pantai, hutan, sungai, gunung dan tempat2 semulajadi yg lain untuk menyerap tenaga alam semulajadi yg tak pernah ketandusan...
ReplyDeleteTak Mungkin Kerna Sayang
ReplyDeleteSetiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti